Sunday 24 February 2013

"A Journey of A Thousand Miles Begins With The First Step"


Tengah dengar-dengar lagu ni lah, entah macam mana boleh teringatkan kata pepatah kat atas tu. Pepatah ini asalnya disebut oleh seorang ahli falsafah China bernama Laozi, sebelum 604 masihi dalam bukunya "Toa Te Ching", Bab ke-100.

Setiap insan dimuka bumi itu tidak terlepas dari impian dan cita-cita untuk digapai. Segalanya bertitik tolak dari "langkah pertama", samada sanggup ataupun tidak. Tiada ada yang mustahil selagi kita ada kesungguhan dan konsisten dengan apa yang kita lakukan :)

Sebuah pepatah atau kata-kata mutiara yang penuh makna dan cukup menginspirasikan bagi aku. Mungkin sebab lirik lagu nya yang indah dan persis seperti kata-kata inspirasi yang sering aku dengar dari insan bernama ayah.

Antara yang selalu dia katakan
 "Kamu boleh dapat, kalau kamu betul-betul NAK. Sebab orang lain boleh, kenapa kamu  
 tak boleh? Kalau kamu susah, di luar tu lebih ramai yang lagi susah. Jangan Mengeluh"

Namun kata-kata semangat tu tak mungkin aku dengar lagi kerana ayah pergi menyahut seruan Illahi. Itulah antara pesan ayah yang masih terngiang-ngiang segar di balik memori aku. Selalu kalau aku rasa lemah, aku suka dengar lagu ni. Umpama mengubat rinduku pada ayah. Rindu yang tiada kata dapat ungkapkan !

Dan aku percaya tanpa langkah pertama itu, aku mungkin masih disitu. Terima kasih ayah ! Kejayaan mana mungkin digapai tanpa penat lelah dan kesungguhan yang berterusan. Esok pun, kita akan terus disini tanpa langkah yang pertama itu.

Alhamdulillah. Tanpa berkat doamu ayah dan ibu, aku mana mungkin ada di tempat aku sekarang.

#credit to ayah. Kau IDOLA !!!





L.Maisara
Virginia, USA  





1 comment:

  1. Alfatihah buat allahyarham ayahanda Maisara semoga dia akan rohnya tenang kerana mendapat cahayamata yang selalu ingat kata nasihat dari ayahanda tercinta.....

    ReplyDelete