Sunday 3 March 2013

Ada apa dengan HATI....

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahir cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahgiaan jika kita mampu mebersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah, berkata "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja baik, baik pulalah tenteranya.... Jika raja itu buruk maka buruk pulalah tenteranya".




Hati yang keras mempunyai mempunyai tanda tanda yang boleh dikenali, diantara yang terpenting adala seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan:
Terutama malas untuk melaksanakan ibada, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan". (Surah At-Taubah, ayat 54).

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al Quran:Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaru  sama sekali, tidak mahu khusuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca Al-Quran serta mendengarnya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Alla S.W.T. memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45).

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individualistik, bakhil serta tamak teradap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah:
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larang ketika larangan Allah diperlecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap kemaksiatan dan dosa. 


5. Tidak belajar dengan Ayat Kaunniah:

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kuburan sebagai perkara biasa, pada hal cukupla kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan baawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah at-Taubah ayat 126)

Sunday 24 February 2013

"A Journey of A Thousand Miles Begins With The First Step"


Tengah dengar-dengar lagu ni lah, entah macam mana boleh teringatkan kata pepatah kat atas tu. Pepatah ini asalnya disebut oleh seorang ahli falsafah China bernama Laozi, sebelum 604 masihi dalam bukunya "Toa Te Ching", Bab ke-100.

Setiap insan dimuka bumi itu tidak terlepas dari impian dan cita-cita untuk digapai. Segalanya bertitik tolak dari "langkah pertama", samada sanggup ataupun tidak. Tiada ada yang mustahil selagi kita ada kesungguhan dan konsisten dengan apa yang kita lakukan :)

Sebuah pepatah atau kata-kata mutiara yang penuh makna dan cukup menginspirasikan bagi aku. Mungkin sebab lirik lagu nya yang indah dan persis seperti kata-kata inspirasi yang sering aku dengar dari insan bernama ayah.

Antara yang selalu dia katakan
 "Kamu boleh dapat, kalau kamu betul-betul NAK. Sebab orang lain boleh, kenapa kamu  
 tak boleh? Kalau kamu susah, di luar tu lebih ramai yang lagi susah. Jangan Mengeluh"

Namun kata-kata semangat tu tak mungkin aku dengar lagi kerana ayah pergi menyahut seruan Illahi. Itulah antara pesan ayah yang masih terngiang-ngiang segar di balik memori aku. Selalu kalau aku rasa lemah, aku suka dengar lagu ni. Umpama mengubat rinduku pada ayah. Rindu yang tiada kata dapat ungkapkan !

Dan aku percaya tanpa langkah pertama itu, aku mungkin masih disitu. Terima kasih ayah ! Kejayaan mana mungkin digapai tanpa penat lelah dan kesungguhan yang berterusan. Esok pun, kita akan terus disini tanpa langkah yang pertama itu.

Alhamdulillah. Tanpa berkat doamu ayah dan ibu, aku mana mungkin ada di tempat aku sekarang.

#credit to ayah. Kau IDOLA !!!





L.Maisara
Virginia, USA  





Saturday 9 February 2013

10 sebab doa manusia tidak dimakbulkan




Ibrahim bin Adham pernah ditanya penduduk Basrah: 'Mengapa keadaan kami tidak berubah?' Bukankah Allah telah berjanji akan mengabulkan doa yang bedoa kepadaNya?'.Beliau menjawab ada 10 perkara menyebabkan doa tidak diterima iaitu:

1.   Kamu mengenal tuhan tetapi kamu tidak memenuhi hakNya. Hak TUHAN ialah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintahNya. Justeru janganlah berharap orang yang yang tidak menunaikan perintah Allah doanya akan diterima.

2.   Kamu banyak membaca Al-Qur'an tetapi tidak mahu mengamalkanNya Maksud daripada perkara ini ialah orang yang terbabit mempunyai pengetahuan mengenai Al-Qur'an tetapi tidak mengamalkan isi dan kandungan didalamnya atau sekiranya mempunyai pengetahuan tentang Al-Qur'an tidak berusaha memahaminya.
      Malah bila dia memahami suatu kebaikan tetapi sering meninggalkannya dan memahami larangan tetapi melanggarnya.

3.   Kamu mengaku mencintai nabi tetapi meninggalkan sunnahnya. Orang tersebut mengakui mencintai nabi dan menjadikannya sebagai ikutan namun realitinya selalu meninggalkan sunnahnya malah melanggarnya.

4.   Kamu mengaku menjadi musuh syaitan tetapi kamu mengikutinya. Walau mengetahui syaitan itu selalu memujuk kearah kesesatan orang berkenaan gemar pada jalan tersebut. Dia mengaku menjadikan syaitan sebagai musuh besarnya tetapi dia belum mampu mengawal hawa nafsunya mala cenderung mengikutinya.


5.  Kamu memohon keselamatan dari seksaan api neraka tetapi kamu memasukkan diri kamu kedalamnya: Sewaktu berdoa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa dia membaca doa dengan khusyuk dan tekun memohon keselamatan dari seksaan dan azab pedihnya api neraka. Bagaimanapun dalam kehidupan sehariannya dia tidak meninggalkan perangai buruk.

6.  Kamu berdoa agar kamu ditempatkan kedalam syurga tetapi kamu tidak berusaha memasukkan diri kamu ke dalamnya. Keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. Dia tidak mahu menggantikan sikap buruk yang menjadi kebiasaan dalam hidupnya dengan sikap kebaikan.

7.  Kamu tahu mati itu benar tapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk mati..Kematian adalah jalan bertemu tuhan tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk tujuan itu.

8.  Kamu sibuk dengan aib orang lain tetapi tidak menghiraukan tentang aib dirimu sendiri. Kegemaran mededahkan aib orang lain menjadikan kita lupa keaiban diri sendiri. Ini akan menyebabkan
sikap angkuh dan sombong kita kian menjadi-jadi. Kata Nabi, 'sifat sombong walaupun sebesar zarah sekalipun akan menjadi sebab untuk kita masuk syurga apatah lagi kalau kesombongan itu melampau-lampau'.

9.  Kita sudah banyak memperoleh kenikmatan yang diberikan Allah kepada kita tetapi kita tidakpun mensyukurinya. Sejak dari lahir kita sudah diberi nikmat oleh Allah tetapi kita tidak pernah berterima kasih kepada yang memberi nikmat itu kepada kita. Tuhan benci kepada hambanya yang tidak bersyukur jadi mana mungkin tuhan akan memandang kepada orang tidak tahu bersykur sewaktu kita berdoa kepadaNya.

10. Kamu sudah sering mengkebumikan jenazah tetapi tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Orang terbabit tidak mahu mengambil pengajaran daripada kematian sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. Dia tidak mengubah sikap buruknya.


Friday 8 February 2013

"TAK SUKA LELAKI HISAP ROKOK DAN MINUM ALKOHOL !"

Assalam, bertemu kembali kita. Salam rindu dari kota New York. Jangan marah aaaa ! Baru selesai dengan segala kertas kerja untuk ke China April nanti.

Cakk !!
OK ! Ceritanya bergini. Kelmarin aku berkenalan dengan seorang jejaka tampan (agaknya la!). Chatting punya chatting, masa berlalu macam air je. Pendek kata si A ni ada la ciri-ciri idaman aku..  Hahaha.. Naughty ye kau Sara! Anyway sempat la juga berangan.

APTB kan!

Malam tu sesi taa'ruf. Berjam- jam chatting introduce diri masing-masing. OK, I accept he's a non- Muslim. Si A ni memang educated and motivated orang nya. Aktif dan suka nature. So dia ni memang suka forest dan dah pun join ministry. Urmm not bad right. Malam tu line internet kejap ada, kejap tak ada. Frust ok. So we decided to continue on SMS. I gave him my phone num. Berjam-jam lagi la sembang. Oops, Si A had to go. Ok fine. Zzzzz....

The next morning, pagi-pagi lagi ada  2 SMS masuk. Buka terus. He wished me a good morning. So, lepas tu aku pon balas, dan terus siap-siap untuk subuh. Done!

Maka sehari tu dari pagi sampai petang kami borak sakan lah. Sampai macam malas nak keluar makan tengah hari. Aku suruh juga lah dia pergi lunch sebab aku nak escape kejap untuk zuhur. So that evening, I'm getting to know him deeper. Rasa berbunga lah kejap..Haha.. Sambil borak, aku buka album profil FB dia ni. Dan baca juga komen-komen kat situ. Rupanya dia tak minat politik(dia tulis). Ada lah dalam 900 lebih dalam album gambar profil saje. Halwa mata, kata orang. Belek punya belek, maka terjumpa satu gambar atas gunung, Ooops A merokok!

Teringat iklan lama ... "merokok? mana ada gaya !" hihihi
Memang tak la kan ...

So perbualan petang tu berakhir sebab aku nak pergi jogging pusing-pusing kawasan sini. Malam tu A SMS lagi. Dia cakap nak keluar. Aku pon sama juga.Tapi nak keluar cari makanan je. Si A pulak nak pergi "***** Beers".. Bhahaha. Terkezut. Dia ajak aku pergi. Ajak2 ayam lah tu, aku pun jauh. Aku lantas jawab aku tak "minum" dan tak pergi tempat macam tu.

Agaknya dia mabuk kot malam tu. Merapu aja SMS nya. Dah la balik lewat pulak tu ! /oh memang tak la. Malas nak layan, so aku cakap nak tidur dan terus Zzzzz... Cam tu je lah cerita nya. Aku tak suka kaki botol dan perokok. Busuk... Amekaww....huhuu
xoxo :)

Sunday 3 February 2013

istiqamahlah demi masadepanmu

Puisi khas buat Maisara yg kini berada di Sweden


















Dalam jarak yang tak terlangkau oleh upaya ku
Ku kenal engkau hanya di arus maya
Tetapi cara mu mendekati ku membuat aku teruja
Desak hati membuat aku terus terima tanpa banyak bicara
Akhirnya kita menjalin mesra
Bak seorang ayah yang ingin membimbing anaknya
Bak seorang guru yang ingin membimbing muridnya
Tetapi ternyata engkau lebih banyak tahu didada
Berbagai cabang telah kau teroka
Dan aku malu diruang rasa.....

Tak mengapalah detik hati berkata
Marilah berkongsi apa saja yang engkau ada

Dan engkau juga boleh ambil apa saja yang aku ada
engkau dan aku walau berbeza usia
Kita jalin mesra tulin tanpa berkira 
tinggi rendahnya apa yang kita ada

Mari kita bina keserasian agar mekar mesra
Kerna yang kita teroka tidak banyak bezanya
Cuma engkau jauh kedepan mencipta nama
Menjangkau jauh kemana-mana....

Cuma satu yang ku pinta
Istiqamah dan pautlah pada sesuatu yang engkau suka
Untuk cemerlangkan hidup mu di hari muka
Jangan melilau ke sana sini lagi
Kerana sifat begitu pastinya buat engkau rugi....
Saperti yang telah pernah aku lalui....

NOSA ISKANDAR 
Batu Cave Selangor
3 Februari 2013

Friday 1 February 2013

"Islamic City Planning" Based On Ibn Masoud Thought

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan tentang buku terbaru yang saya baca. Tentang perancangan bandar dari perspektif Islamik. Buku yang berjudul "Urban Planning; An Islamic Perspective" ditulis oleh Azila Ahmad Sarkawi dan Alias Abdullah. Secara ringkasnya, buku ini menyebut tentang tiga elemen asas yang perlu ada dalam pembentukan bandar islamik. Artikel ni ditulis dalam Bahasa Inggeris. Sorry for poor english.


Ibnu Masoud (r.a.) is one the most respected Islamic jurists who actually gives a message or reminder of not to stop in a place that doesn't have a sultan, an active market and also clear running water. The statement from Ibn Masoud (r.a.) actually reflects the three characteristics of an ideal Islamic city. Islam basically is a religion that is based on moderation and pragmatism. In the context of urban planning, it emphasizes very simple and little requirement to create ideal urban environment and healthy place for the people. The simple requirement however has big significance towards establishing an ideal city that is balance in term of every aspect comprises physical, economic, governance, social, environment, and many more. All the basic principles and requirement could implicate a good, harmony, healthy and sustainable city. Thus, the three elements stated by Ibn Masoud are actually the three qualities that should be in a city to make it ideal from an Islamic view.

The first is about the sultan or ruler. In whatever organization or place, a leader is needed to ensure smooth administration and management. The existence of ruler would actually lead to establishment of law and rules that must be obeyed. This is because with law and leader, a place could be ensured for harmony and stable government. Existence of leader and law can control a place or organization for the betterment of its structure. Other than that, everything will be in order if there is a ruler or leader to rule the kingdom towards certain organizational goal or objectives. In Ibn Masoud statement, a ruler is needed to ensure there is a body, organization or government to effectuate programs of social justice as required by Islamic norms and value systems, protect the weak from the strong, advocate the poor, bring a systematic administration and rule.

Based on this first element, a city must have leader or sultan because he can administer the city towards a clear direction, managing everything so that everything will be well-organized, prevent oppression and misuse of resources, prevent corruption and ensure smooth ruling process. Just imagine a city without a sultan (leader), everything will be in chaos, people acts they way they like although it is wrong, the poor becomes victim, crimes happen everywhere, lots of social, physical and economic problems. All these problems would certainly contribute to instability and problem. So clearly seen here a city must have a leader to rule the place and for all the reasons above. So, it will guide city planning process as there is law and policies, concern to the community and respect to the leader. This guides planners work in term of what they must do and obey because it will eradicates planning for self-importance or money.

Second quality of an ideal city from Islamic perspective is an active market place. This actually reflects the concern of Islam on the need for wealth. An active market place is an indicator of a well-organized and prosperity of a city which has economic strength and stability. An active market happens only when the populations are able to support such activities. What active market indicates here is the economic stability of a place, as well as safety. Our Prophet Muhammad (s.a.w) was once quote that 9 over 10 of income sources are in commerce. The importance of active market here is it can to develop the economy of the population.

An active market place is very important to a city due to several reasons. Based on our Prophet statement, major income source is from commercial activities. This statement is proven right because when we see Gross Domestic Product of any state, commerce is one of the major contributors to the economic sustainability and growth. Thus, a city must have active market place to ensure good economic growth. This will actually benefit to the whole as more job opportunities will be created in the city, attract investment from local and foreign, boost sectoral performances and many more. Furthermore, active market place will also cater the needs from local population, promote wealth accumulation to community and finally establishing a vibrant city. Investors also normally choose to invest in area which has high population and consumers to ensure its success. Thus, in planning the cities, planners must realize that they have an obligation towards creating commercial activities strategically so that it will be active, functioning and contributing to the economy.

The third quality is clean running water. What it means here is a clean environment. A good city will never neglect this aspect because of its importance. A city which has clear running water symbolizes that they have taken environmental aspect into consideration in its city planning. Other than that, clean running water here reflects the healthy and unpolluted environment. Only a city which has lush green fields, good environment preservation, sustainable physical development and undamaged by soil erosion would be able to sustain clear running water. Apart of that, this last quality also actually reflects on the general attitude of the population towards the environment on the whole. A good population will care about their environment, and management of their city and not just developing land without control. Clean water symbolize how a city manage its scarce natural resources.

A city should have clean and clear running water. This is because water is one of the elements that is shared and will be used by the population. Clean water will ensure healthiness of the community because they consume clean water every day. If water sources are polluted, this will give effect to the population especially to their health. Moreover, water is one of the nature elements that we must care of. This symbolizes our concern to the environment, not only in the city but everywhere. In term of town planning work, planners must be careful while doing planning so what they plan will not pollute the environment, not only to water but as well as to other elements too. Adding to this, planning also must not cause disaster to the city such as flood.

In conclusion, what we can see from Ibn Masoud quotation is, a city must have all these elements in order to achieve ideal Islamic city. If we see, the three qualities emphasized to make a city ideal are very comprehensive since it focuses on the social (ruler and administration), economic (active commerce) and also environmental aspects (clear running water).

 

Wednesday 30 January 2013

"Manusia Tak Pernah Puas"

Jam sudah pun menunjukkan tepat jam 12 tengah malam. Sejuk dan beku disini apabila keseluruhan kawasan dilitupi salji tebal. Ada yang suka musim ini, ada yang tidak suka. Pada aku, inilah musim yang paling aku tak suka. Semuanya putih dan tiada warna-warna indah. Satu perkataan yang mungkin terpacul untuk menggambarkan situasi ini; BOSAN! Namun itulah yang terpaksa dilalui kerana betapa celakanya kehidupan itu, ia masih KEHIDUPAN! OK cukup ! Bukan itu sebenarnya yang nak aku tulis malam ini.

Satu persoalan yang sering bermain difikiran aku. Kita merangkak dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Yang kaya semakin kaya, yang miskin pulak macam mana (cuba fikirkan sekejap) ? Yang kurang cerdik dulunya, kini semakin tinggi ilmunya. Dulu rumah kecil, sekarang dah mampu memiliki rumah yang besar. Yang dulu "kereta kelas ekonomi", sekarang "kelas eksekutif". Yang dulu pakainya lusuh, kini yang berjenama. Ah ! Banyak sangat kalau nak diberikan contoh kan ? Sampai pagi esok pon tak siap - siap agaknya. Rehat jap....




Namun itu jugalah yang terjadi pada aku, kau dan majoriti dari kita. Betul tak ? Cuba fikir-fikirkan..........
Aku sendiri pon tak ingat agaknya kalau ada yang bertanya berapa banyak profesion aku. Aku tersenyum sendiri!

Dari model fotografi dan jurufoto sambilan ke penari kebudayaan kemudian aku menjadi Pembaca Berita





kemudian aku berjinak-jinak dengan dunia teater dan muzik, 


.


mengajar?


apa lagi?



Banyak lagi... Aku sendiri pun tak pernah puas dengan apa yang aku buat. Mungkin kita manusia, tak pernah puas dalam apa yang kita lakukan. Andaian aku begitu. Apa mungkinkah kita diciptakan untuk selalu buas dan tidak pernah puas? Termenung dijendela, aku sendiri masih mencari jawapannya.

Yang pastinya kembara ku akan aku teruskan demi mencari apa sebenarnya yang aku mahu.....
Tiada noktah dalam pencarian kerana selagi kita hidup selagi itu pencarian dan kepuasan itu akan menuntut untuk terus dicari dan dicari.