Satu persoalan yang sering bermain difikiran aku. Kita merangkak dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Yang kaya semakin kaya, yang miskin pulak macam mana (cuba fikirkan sekejap) ? Yang kurang cerdik dulunya, kini semakin tinggi ilmunya. Dulu rumah kecil, sekarang dah mampu memiliki rumah yang besar. Yang dulu "kereta kelas ekonomi", sekarang "kelas eksekutif". Yang dulu pakainya lusuh, kini yang berjenama. Ah ! Banyak sangat kalau nak diberikan contoh kan ? Sampai pagi esok pon tak siap - siap agaknya. Rehat jap....
Namun itu jugalah yang terjadi pada aku, kau dan majoriti dari kita. Betul tak ? Cuba fikir-fikirkan..........
Aku sendiri pon tak ingat agaknya kalau ada yang bertanya berapa banyak profesion aku. Aku tersenyum sendiri!
Dari model fotografi dan jurufoto sambilan ke penari kebudayaan kemudian aku menjadi Pembaca Berita
apa lagi?
Yang pastinya kembara ku akan aku teruskan demi mencari apa sebenarnya yang aku mahu.....
Tiada noktah dalam pencarian kerana selagi kita hidup selagi itu pencarian dan kepuasan itu akan menuntut untuk terus dicari dan dicari.
No comments:
Post a Comment