Sunday 3 March 2013

Ada apa dengan HATI....

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahir cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahgiaan jika kita mampu mebersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah, berkata "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja baik, baik pulalah tenteranya.... Jika raja itu buruk maka buruk pulalah tenteranya".




Hati yang keras mempunyai mempunyai tanda tanda yang boleh dikenali, diantara yang terpenting adala seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan:
Terutama malas untuk melaksanakan ibada, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan". (Surah At-Taubah, ayat 54).

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al Quran:Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaru  sama sekali, tidak mahu khusuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca Al-Quran serta mendengarnya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Alla S.W.T. memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45).

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individualistik, bakhil serta tamak teradap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah:
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larang ketika larangan Allah diperlecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap kemaksiatan dan dosa. 


5. Tidak belajar dengan Ayat Kaunniah:

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kuburan sebagai perkara biasa, pada hal cukupla kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan baawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah at-Taubah ayat 126)

No comments:

Post a Comment