Saturday 9 February 2013

10 sebab doa manusia tidak dimakbulkan




Ibrahim bin Adham pernah ditanya penduduk Basrah: 'Mengapa keadaan kami tidak berubah?' Bukankah Allah telah berjanji akan mengabulkan doa yang bedoa kepadaNya?'.Beliau menjawab ada 10 perkara menyebabkan doa tidak diterima iaitu:

1.   Kamu mengenal tuhan tetapi kamu tidak memenuhi hakNya. Hak TUHAN ialah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintahNya. Justeru janganlah berharap orang yang yang tidak menunaikan perintah Allah doanya akan diterima.

2.   Kamu banyak membaca Al-Qur'an tetapi tidak mahu mengamalkanNya Maksud daripada perkara ini ialah orang yang terbabit mempunyai pengetahuan mengenai Al-Qur'an tetapi tidak mengamalkan isi dan kandungan didalamnya atau sekiranya mempunyai pengetahuan tentang Al-Qur'an tidak berusaha memahaminya.
      Malah bila dia memahami suatu kebaikan tetapi sering meninggalkannya dan memahami larangan tetapi melanggarnya.

3.   Kamu mengaku mencintai nabi tetapi meninggalkan sunnahnya. Orang tersebut mengakui mencintai nabi dan menjadikannya sebagai ikutan namun realitinya selalu meninggalkan sunnahnya malah melanggarnya.

4.   Kamu mengaku menjadi musuh syaitan tetapi kamu mengikutinya. Walau mengetahui syaitan itu selalu memujuk kearah kesesatan orang berkenaan gemar pada jalan tersebut. Dia mengaku menjadikan syaitan sebagai musuh besarnya tetapi dia belum mampu mengawal hawa nafsunya mala cenderung mengikutinya.


5.  Kamu memohon keselamatan dari seksaan api neraka tetapi kamu memasukkan diri kamu kedalamnya: Sewaktu berdoa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa dia membaca doa dengan khusyuk dan tekun memohon keselamatan dari seksaan dan azab pedihnya api neraka. Bagaimanapun dalam kehidupan sehariannya dia tidak meninggalkan perangai buruk.

6.  Kamu berdoa agar kamu ditempatkan kedalam syurga tetapi kamu tidak berusaha memasukkan diri kamu ke dalamnya. Keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. Dia tidak mahu menggantikan sikap buruk yang menjadi kebiasaan dalam hidupnya dengan sikap kebaikan.

7.  Kamu tahu mati itu benar tapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk mati..Kematian adalah jalan bertemu tuhan tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk tujuan itu.

8.  Kamu sibuk dengan aib orang lain tetapi tidak menghiraukan tentang aib dirimu sendiri. Kegemaran mededahkan aib orang lain menjadikan kita lupa keaiban diri sendiri. Ini akan menyebabkan
sikap angkuh dan sombong kita kian menjadi-jadi. Kata Nabi, 'sifat sombong walaupun sebesar zarah sekalipun akan menjadi sebab untuk kita masuk syurga apatah lagi kalau kesombongan itu melampau-lampau'.

9.  Kita sudah banyak memperoleh kenikmatan yang diberikan Allah kepada kita tetapi kita tidakpun mensyukurinya. Sejak dari lahir kita sudah diberi nikmat oleh Allah tetapi kita tidak pernah berterima kasih kepada yang memberi nikmat itu kepada kita. Tuhan benci kepada hambanya yang tidak bersyukur jadi mana mungkin tuhan akan memandang kepada orang tidak tahu bersykur sewaktu kita berdoa kepadaNya.

10. Kamu sudah sering mengkebumikan jenazah tetapi tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Orang terbabit tidak mahu mengambil pengajaran daripada kematian sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. Dia tidak mengubah sikap buruknya.


No comments:

Post a Comment