Wednesday 30 January 2013

"Manusia Tak Pernah Puas"

Jam sudah pun menunjukkan tepat jam 12 tengah malam. Sejuk dan beku disini apabila keseluruhan kawasan dilitupi salji tebal. Ada yang suka musim ini, ada yang tidak suka. Pada aku, inilah musim yang paling aku tak suka. Semuanya putih dan tiada warna-warna indah. Satu perkataan yang mungkin terpacul untuk menggambarkan situasi ini; BOSAN! Namun itulah yang terpaksa dilalui kerana betapa celakanya kehidupan itu, ia masih KEHIDUPAN! OK cukup ! Bukan itu sebenarnya yang nak aku tulis malam ini.

Satu persoalan yang sering bermain difikiran aku. Kita merangkak dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Yang kaya semakin kaya, yang miskin pulak macam mana (cuba fikirkan sekejap) ? Yang kurang cerdik dulunya, kini semakin tinggi ilmunya. Dulu rumah kecil, sekarang dah mampu memiliki rumah yang besar. Yang dulu "kereta kelas ekonomi", sekarang "kelas eksekutif". Yang dulu pakainya lusuh, kini yang berjenama. Ah ! Banyak sangat kalau nak diberikan contoh kan ? Sampai pagi esok pon tak siap - siap agaknya. Rehat jap....




Namun itu jugalah yang terjadi pada aku, kau dan majoriti dari kita. Betul tak ? Cuba fikir-fikirkan..........
Aku sendiri pon tak ingat agaknya kalau ada yang bertanya berapa banyak profesion aku. Aku tersenyum sendiri!

Dari model fotografi dan jurufoto sambilan ke penari kebudayaan kemudian aku menjadi Pembaca Berita





kemudian aku berjinak-jinak dengan dunia teater dan muzik, 


.


mengajar?


apa lagi?



Banyak lagi... Aku sendiri pun tak pernah puas dengan apa yang aku buat. Mungkin kita manusia, tak pernah puas dalam apa yang kita lakukan. Andaian aku begitu. Apa mungkinkah kita diciptakan untuk selalu buas dan tidak pernah puas? Termenung dijendela, aku sendiri masih mencari jawapannya.

Yang pastinya kembara ku akan aku teruskan demi mencari apa sebenarnya yang aku mahu.....
Tiada noktah dalam pencarian kerana selagi kita hidup selagi itu pencarian dan kepuasan itu akan menuntut untuk terus dicari dan dicari.





No comments:

Post a Comment